Tuesday 31 July 2012

Harrods Tote bag Giveaway by Liza Razak ஐ


tetiba teringin nak join Giveaway. dulu rajinlah buat. but, sejak blog hilang ni boleh di katakan yang ni 1st time la yek? hehehe. ok, stop bebel. cik Liza Razak kata dalam entry Harrods Tote bag Giveaway ni yang dia nak gambar My Favorites Outfit kan? tadi cari punya cari punya cari mana pakaian favorite aku :D now, ni dia pakaian yang boleh di katakan aku selalu pakai la gak. favorite!!!

ஐ saya yang warna PINK tu. ok ok! sebenarnya gambar ni sempat la juga di selamatkan daripada laptop aku yang tengah problem sekarang ni. baju kurung ni berfesyenkan kurung pahang. aku sayang gila, best,  sedap di pakai and suka dengan corak dia tu. but sekarang terpaksa kasi dekat mak sebab badan dah makin naik. baju tu pun dah makin kecik untuk badan ni hah! grrrrr! aku nak pakai baju ni balik!!!! KURUS! KURUS la kau BADAN! *gigit jari, geram! :P hahaha.

ஐ-~ korang korang and korang yang nak join giveaway ni, aku nak bagitahu yang  tarikh akhir Giveaway ni sampai 10 August 2012 pada pukul 10 malam jep! :)


by the way, HAPPY BIRTHDAY to budak bambam sebelah aku ni, Madiha. welcome to 2 series dear! *cakap orang, diri sendiri pun sama jep. hahaha :D

Saturday 28 July 2012

Rindu zaman itu... ♡


si cebek, cengeng, benyer, kuat merajuk, manja (maybe).
tak dapat anak patung, guling-guling hentak kaki sambil rengek!
dah dapat, sayang sepenuhnya.
kalau boleh, tidur peluk erat. takut kehilangan.
tiba masa bermain pondok-pondok bersama teman-teman,
kalau boleh nak jadi mak, dia jadi bapaknya, dan mereka jadi anak-anaknya.
bila bermain kejar-mengejar, nak berlari seperti ribut sampai semput.
takutkan jadi tukang kejar nak tangkap mangsanya.
bila bermain nyorok-nyorok, kalau boleh nyorok tempat yang susah nak cari.
biar orang mencari tak tahu tempat sembunyinya.
bila sudah senja petang, balik rumah kena marah dengan ibunya.
kerana diri ini busuk dan kotornya :P

ya. itulah zaman budak-budak.
zaman tawa riang-riang.
tapi, zaman itu dah berlalu pergi.
sialan. aku rindukan zaman itu :(


♡ ♡ ♡ : lagi sehari akan ku ucapkan selamat tinggal belasan tahun dan selamat datang ke puluhan tahun. tua sudah :P

Wednesday 18 July 2012

Pegang Kepala & TENSION!

salam semorang. erk? semorang ke? ok, seorang dua orang ler or siapa yang baca ni ler erk? heee :P just nak luahkan perasaan tegang aku dekat sini sesikit. rasanya perasaan tension nak hadapan SPM dah datang balik but kali ni aku bukan nak ambik SPM balik ok? harap maklum (^^,)


lagi berapa minggu or sebulan je lagi aku nak habis belajar dekat akademi yang bernama URUS BUDAYA. ok, sebenarnya bukan lama pun belajar dekat sini. setahun jep. belajar apa? anggap jep aku belajar nak mencantikkan muka korang. dari cuci sampai bersih and tak ada lagi jerawat hingga touch up sampai cantik and comel? haha. whatever xDD

ok, serius please! sekarang aku tengah fikir and fikir mana nak cari costume untuk final exam nanti? dan makeup macam mana aku nak buat? sama ada aku nak makeup pentas or pengantin?! wargh! pening!!! kalau pentas, aku nak buat makeup macam mana? sempat ke aku nak makeupkan orang ni? masa di beri 3 jam. sejam masa terakhir ialah masa touch up orang. but aku risau and dalam hati berkata... sempat ke aku? grrr~ TENSION!!!

sesiapa yang sudi tolong aku, berikan nama kedai or website or facebook or mana-mana tempat yang aku boleh sewa costume please? hehe ^^ siapa yang sudi tu, TERIMA KASIH!!! :)


P/S? : oh RAMADHAN! i miss you (^^,) yeah!

Wednesday 11 July 2012

PERUT YANG MENGADA, OK?


hai kebab. perut suruh jerit dekat kau yang dia rindu kau, KEBAB! bila lagi kau nak masuk berjinak dalam perut ni hah?! argh! *gigit jari*