Monday 24 December 2012

tiada azam :D

salam semorang. erk... sesiapa jela yang baca blog aku ni. muahahaha~ macam tak laku je blog ni. memang tak laku pun :P ok, shaddap! sebenarnya bulan ni aku tak tahu nak bebel apa dekat blog ni sebab bulan ni aku sibuk dengan pelbagai hal terutamanya personal problem. lagi-lagi aku sekarang jadi nanny sekejap. nanny kepada anak-anak buah yang comel and TERBAIK lerrrr~ hohohohoh.

nampaknya lagi berapa hari dah nak tamat sudah tahun 2012. yeah! tahun 2013 akan tiba tidak lama lagi kan? kan? kan? mesti ramai sibuk buat list azam tahun baru. hehehe. tahun akan datang aku tiada azam sebab azam tahun-tahun lepas aku tak tunaikan. so, azam tahun lepas aku buat jadi azam 2013. HOHOHOHO! apa azam tu? malas nak cakap :P segan katakan. putuiiii~ sila muntah yea xDD

ok dah! aku malas nak type panjang lagi. anak buah aku tak habis-habis tanya "moksu, bila nak kasi kaisan main game ni? kaisan nak main game ni!". padahal aku baru dapat guna komputer ni setelah sekian lamanya tak update post baru kan? baru 10 minit aku guna. damn xDD sabar jelaaaa~


ok semorang, SELAMAT TAHUN BARU 2013! :D

Friday 9 November 2012

Manusia Pucat.

picture by ZEROCHAN.NET

manusia pucat
senyum mu, tajam berbisa dari gigitan taring mu.
kejang, lemah, pelahan tak bernyawa.
ia mengalir, segar, merah dan pekatnya ia.
perlahan masuk ke rongga tekak mu.
titik demi titik, ia jatuh ke tanah. 
aliran merah pekat mengalir keluar bibir mu.
ah! adakah itu sudah memuaskan dirimu,
manusia pucat?

Friday 2 November 2012

♥ kisah kau, BISKUTSARKAS.

(from Zerochan.net)

hai he ho semorang. erk? tak semorang ler. sikit-sikit orang la erk? hehehe. hari tu aku ada cakap nak cerita and bebel banyak benda kan? ok, sebenarnya aku nak bebel pasal blog. ya, blog aku tapi bukan blog yang ni. kejap! hah?! blog yang mana? kikiki.

aku nak cerita sikit bahawa dulu aku dah lama jadi blogger *ya, aku bukan blogger baru* and nama blog tu BiskutSarkas. tiada lagi FULL seperti nama blog ni. ya, follower aku dah 3857 orang masa tu. dah macam nombor ekor pula? erk? apahal nombor ekor pula ni?! hahaha. ok, stop! jangan gila sangat nak buat cerita ngarut. teruskan menulis and cerita apa yang berlaku pada blog sayang yayang darling honey aku yang lama tu. masa awal tahun ni, bulan january aku update post baru nak beritahu bahawa blog aku tu dah genap 3 tahun aku membebel *yela, aku bebel start akhir bulan december tahun 2008*. hehehe. tanpa sangka pada esokkan hari aku nak masuk blog aku tu dah HILANG?!!! tahu tak bertapa hampanya hati ni?! sakit hati juga. rasa nak hantuk kepala ni dekat dinding sampai pecah dinding pun ada. rasa nak baling meja kerusi pun ada. menyanyi lagu Hilang Naluri by Once pun tak sehebat rasa sakit hatinya macam apa yang aku alami ni *gigit jari*

aku tak tahu macam mana blog tu boleh hilang? hacker? entah. tak terlintas dek fikiran T_T sedih betul la. but, nak buat macam mana? benda dah hilang kan? nak hidupkan balik pun kena buat baru la walaupun tak sama macam yang dulu. berbulan aku fikir dan fikir sama ada nak hidupkan blog baru ke tak? nak menulis lagi ke tak? ada beberapa orang juga aku tanya sama ada nak sambung buat blog baru ke tak? salah seorang aku tanya tu ialah awek ni, Nadia Jalal and dia support aku membebel kalau aku rasa nak membebel jerit ketawa di blog baru ni. thanks dear :) so, sekarang aku dah start berbloggin seperti dulu and nama sama seperti blog lama cuma tambah FULL. yeah bebeh! hehehe.


kepada mereka yang nak baca blog ni, sila sediakan kepala hotak yang waras dengan sempurnanya sebab penulis blog ni agak mereng menggunakan bahasa bila nak main tulis-tulis ni :P kikiki~

Tuesday 9 October 2012

SERABUT!


serabut! serabut! dah lama tinggalkan blog ni. kesian kau blog. hekhekhek :P ok, sebenarnya ada banyak nak cerita. satu-satu dulu aku cerita. but, bukan hari ni. hehe. tak nak baca? tak apa. aku tulis ni bagi siapa tak kisah nak baca celoteh aku ni. gyahaha xD ok, stop bebel. babai~

to be continue~ kejap? betul ke aku eja ni? muahaha xD



p/s: esok PMR erk? moga mereka mereka yang masuk exam tu tak menggigil lutut, tak pengsan depan pintu masuk exam, tak buat peta dunia sendiri di kertas exam dan lain lain :D good luck guys!

*erk! siapa jep kawan aku yang PMR ni?! T.T

Friday 17 August 2012

Selamat Hari Raya Semua!!! :)



p/s: sorry tak dapat jenjalan dekat blog korang buat masa ni. banyak pekara berlaku :(

Friday 10 August 2012

FINAL EXAM : PARTY ROCK n ROLL?! :D

hari, jam, minit dan saat...
tupp.. tupp tupp...
esok sabtu,
sebelas hari bulan OGOS!
lusa ahad,
dua belas hari bulan OGOS!
tinggal dua hari sebelum tarikh keramat ku
TIGA BELAS HARI BULAN OGOS
and
EMPAT BELAS HARI BULAN OGOS!!!

tinggal dua hari jep?!
damn! seram sejuk T___T
harap hari tu aku sihat walafiat.
amin! :)


yeah! ni muka budak budak yang nak duduki final exam. yeah! memang kami GILO! *hantuk kepala, biyul!* 


p/s: sorry, tak dapat ushar blog korang buat masa ni :(

Tuesday 31 July 2012

Harrods Tote bag Giveaway by Liza Razak ஐ


tetiba teringin nak join Giveaway. dulu rajinlah buat. but, sejak blog hilang ni boleh di katakan yang ni 1st time la yek? hehehe. ok, stop bebel. cik Liza Razak kata dalam entry Harrods Tote bag Giveaway ni yang dia nak gambar My Favorites Outfit kan? tadi cari punya cari punya cari mana pakaian favorite aku :D now, ni dia pakaian yang boleh di katakan aku selalu pakai la gak. favorite!!!

ஐ saya yang warna PINK tu. ok ok! sebenarnya gambar ni sempat la juga di selamatkan daripada laptop aku yang tengah problem sekarang ni. baju kurung ni berfesyenkan kurung pahang. aku sayang gila, best,  sedap di pakai and suka dengan corak dia tu. but sekarang terpaksa kasi dekat mak sebab badan dah makin naik. baju tu pun dah makin kecik untuk badan ni hah! grrrrr! aku nak pakai baju ni balik!!!! KURUS! KURUS la kau BADAN! *gigit jari, geram! :P hahaha.

ஐ-~ korang korang and korang yang nak join giveaway ni, aku nak bagitahu yang  tarikh akhir Giveaway ni sampai 10 August 2012 pada pukul 10 malam jep! :)


by the way, HAPPY BIRTHDAY to budak bambam sebelah aku ni, Madiha. welcome to 2 series dear! *cakap orang, diri sendiri pun sama jep. hahaha :D

Saturday 28 July 2012

Rindu zaman itu... ♡


si cebek, cengeng, benyer, kuat merajuk, manja (maybe).
tak dapat anak patung, guling-guling hentak kaki sambil rengek!
dah dapat, sayang sepenuhnya.
kalau boleh, tidur peluk erat. takut kehilangan.
tiba masa bermain pondok-pondok bersama teman-teman,
kalau boleh nak jadi mak, dia jadi bapaknya, dan mereka jadi anak-anaknya.
bila bermain kejar-mengejar, nak berlari seperti ribut sampai semput.
takutkan jadi tukang kejar nak tangkap mangsanya.
bila bermain nyorok-nyorok, kalau boleh nyorok tempat yang susah nak cari.
biar orang mencari tak tahu tempat sembunyinya.
bila sudah senja petang, balik rumah kena marah dengan ibunya.
kerana diri ini busuk dan kotornya :P

ya. itulah zaman budak-budak.
zaman tawa riang-riang.
tapi, zaman itu dah berlalu pergi.
sialan. aku rindukan zaman itu :(


♡ ♡ ♡ : lagi sehari akan ku ucapkan selamat tinggal belasan tahun dan selamat datang ke puluhan tahun. tua sudah :P

Wednesday 18 July 2012

Pegang Kepala & TENSION!

salam semorang. erk? semorang ke? ok, seorang dua orang ler or siapa yang baca ni ler erk? heee :P just nak luahkan perasaan tegang aku dekat sini sesikit. rasanya perasaan tension nak hadapan SPM dah datang balik but kali ni aku bukan nak ambik SPM balik ok? harap maklum (^^,)


lagi berapa minggu or sebulan je lagi aku nak habis belajar dekat akademi yang bernama URUS BUDAYA. ok, sebenarnya bukan lama pun belajar dekat sini. setahun jep. belajar apa? anggap jep aku belajar nak mencantikkan muka korang. dari cuci sampai bersih and tak ada lagi jerawat hingga touch up sampai cantik and comel? haha. whatever xDD

ok, serius please! sekarang aku tengah fikir and fikir mana nak cari costume untuk final exam nanti? dan makeup macam mana aku nak buat? sama ada aku nak makeup pentas or pengantin?! wargh! pening!!! kalau pentas, aku nak buat makeup macam mana? sempat ke aku nak makeupkan orang ni? masa di beri 3 jam. sejam masa terakhir ialah masa touch up orang. but aku risau and dalam hati berkata... sempat ke aku? grrr~ TENSION!!!

sesiapa yang sudi tolong aku, berikan nama kedai or website or facebook or mana-mana tempat yang aku boleh sewa costume please? hehe ^^ siapa yang sudi tu, TERIMA KASIH!!! :)


P/S? : oh RAMADHAN! i miss you (^^,) yeah!

Wednesday 11 July 2012

PERUT YANG MENGADA, OK?


hai kebab. perut suruh jerit dekat kau yang dia rindu kau, KEBAB! bila lagi kau nak masuk berjinak dalam perut ni hah?! argh! *gigit jari*

Thursday 10 May 2012

pokpekpokpek :P

 
hai semorang. hehehe. aku blogger baru. yeah! akhirnya aku ada blog sendiri! yeahhh! yeahhh! *guling guling lompat lompat jatuh bangun sendiri*. ok, stop ngarut. ngee~ sebenarnya aku dah lama tak berbloggin. erk.. bukan! boleh di katakan sebelum nak raya tahun lepas, aku dah lama tak ngadap blog sendiri dan tup tup tup! blog lama tu dah hilang. sebab? entahlah. kena hack or apa apa jela kot. kiranya ni blog baru ler dan nak buat blog baru ni pun kena fikir banyak banyak kali. nak post entry baru or duduk diam diam jep dari dunia blog? huhu.

senang cerita aku update blog dengan slow slow la erk? sebab, terasa sekarang sangat BUSY with study. final stage lor! :P haha *ok, ni aku baru lepas main game KINGDOM HEARTS: Birth By Sleep tadi but tak habis. susah nak lawan ketua last. damn sangat ler nak lawan orang jahat yea tuh -,-"





p/s: blog tak kemas lagi. hehee :D